malam ramadhan ke tujuh.
di tengah perut kota sunyi.
malam kelam dan seorang lelaki menghitung takdir.
menyedut sedalam mungkin kepulan asap rokok.dalam. dan dalam. mahu terus menerobos jantung!
berligar di kepala hanyalah persoalan jalan masa depan nya.
sesekali datang soal revolusi di iran 1980. soal Shariaati setelah pulang dari Sorbonne, gerakkan Husainiyyah Irshad. hebat!ribuan anak muda dan kebangkitan Islam. ah, itu Shariaati dan jalan sejarahnya.
ah, sial.
bagaimana dengan motahhari. juga arkitek revolusioner iran. apa agamawan dan intelektual tidak bias bersama?
dan lelaki itu sudah menghabiskan setengah batang rokok. belum puas. terus menyedut sedalam mungkin. dan menghembus sejauh mungkin. ada harapan dalam hembusan itu. harapan agar asap itu membentuk jalan hidupnya. cis, itu hanya khayalan mat ganja. jangan mimpi hidup semudah itu.
fikirannya terbang pada Che Guevara. simbolik perjuangan melawan Amerika. apa si Che Guevara itu jalannya seperti Franz Fanon?. simbolik perjuangan Algeria?.
ah, jalan dan sejarah manusia hebat. mana mungkin anak kecil sekecil lelaki itu bisa coretkan. rokok hampir habis.
soal wittgenstain dan bahasa?nietzsche dan tuhan sudah mati?kant dan pencerahan?epikurus dan ateism?hegel dan pentaksiran sejarah?
cukup!rokok sudah habis. cerita ini habiskan sahaja seusai rokok itu di sedutan terakhir. sudah tentu intelektual memerlukan kesendirian,banyak berfikir.
jadi lelaki itu bangkit sambil bicara lantang " mahu jadi intelektual bukan bicara soal saiz kemaluan sahaja tapi apa kemaluan punya kebebasan untuk tegang dan klimaks sebebasnya."
sebelum beredar lelaki itu teringat Sokrates membincangkan isu kebebasan dalam karya Republic. ah sama lah dengan apa yang aku laungkan tadi, lantang tapi tak kedengaran. kerana itu laungan dari hati. takut-takut dituduh gila!
bodohnya kita memilih untuk hanya jadi orang berilmu tapi tidak untuk beragama.
Sunday, August 7, 2011
Saturday, July 23, 2011
siapa kita?
malam ini indah.ada bulan,ada bintang.sempurna bukan?
apalah sangat yang mahu dikejar dalam pelarian yang singkat ini.cukuplah untuk belajar memahami bukan menghukumi.kita bukan siapa-siapa pun.sampai masa kita akan hilang segalanya.sukarnya mahu memahami.tapi saya selalu menghukum.saya selalu salah.selalu sahaja menghukum!
saya akan terus belajar dari universiti ini.tanpa bayaran.cuma perlu semangat dan keyakinan.saya percaya ini adalah universiti terbaik.tanpa anugerah yang ditaja perkasa.tanpa gelaran di pangkal nama.kerana akhirnya saya akan dinilai bukan oleh manusia tapi oleh pencipta.itulah titik akhir sebenarnya..apa kita berjaya atau gagal bukan tugas kita sama-sama hamba untuk tentukan.
mungkin di sini kita dipandang gagal..tapi disana,di tempat yang abadi kita belum tentu gagal..disanalah keputusan muktamad.tanpa ada rayuan.
jadi saya kira apa yang perlu hanyalah pengHIJRAHan..bersama menjadi ikhlas..bersama memandang manusia itu sama..bukan haiwan untuk kau puaskan nafsu serakah.bukan binatang untuk kau buktikan kuasa.bahkan pada haiwan pun kita perlu berlaku ehsan.
saya akan belajar menerima kelemahan saya dan memperbaiki..saya mahu HIJRAH....!!!

Tuesday, July 19, 2011
bicara dengan kawan
Kita hidup merancang dan berusaha tapi tuhan menentukan segalanya...
Semalam aku bertegur sapa dengan seorang kawan..kawan yang baik..kawan yang hebat..jadi aku pun bertegur sapa lah seadanya..dan kami pun macam biasa juga lah berceritalah seadanya..aku khabarkan soal aku dan kehidupan..dan dia..jadi pendengar setia..ok lah..aku beruntung masih ada yang mahu mendengar keluh kesah aku..Cuma aku sedikit tertarik dengan nasihat beliau..kata nya aku ada masalah hati..kata nya aku ada 3 masalah..aku pun dengar lah syarahan percuma itu..
1-masalah nak lepaskan cinta pada manusia
2-masalah pengorbanan utk manusia
3-pertalian dengan pencipta
Aku sebenarnya kurang faham..tapi tak mengapalah..aku cubalah faham sekadar pemahaman aku..masalah pertama adalah melepaskan cinta pada manusia..cinta pada manusia ini ada macam-macam..cinta pada ibu,ayah,sahabat,guru, dan kekasih..jadi aku fikir mungkin kawan aku maksudkan adalah cinta pada kekasih.aku memang bermasalah dalam cinta pada kekasih..hahaha..tapi itulah ..CINTA ITU HAK SEMUA ORANG,KITA TIDAK MAMPU MENOLAKNYA..jadi aku akan cuba untuk cinta seadanya..biasa-biasa..cinta yang tidak melalaikan aku..atau lebih tepat cinta dalam hati saja.
Seterusnya,kawan hebat ini syarahkan tentang mslah pengorbanan untuk manusia..ini juga sangat meluas pentaksirannya sebenarnnya..jadi, aku pahamlah bahawa titik akhir kita adalah kita perlu berusaha memberi bukan hanya mengadu dan mengemis meminta..itulah pengorbanan untuk manusia..
Akhirnya adalah pertalian dengan pencipta..ini aku fikir jelas..dan sememangnya pertalian ini sebenarnya maha penting..aku kira jika ini Berjaya diciptakan, masalah pertama dan kedua pasti akan selesai..
Maka aku tintakan ini di hening pagi..sebelum aku lupa nasihat ikhlas kawan yang baik itu..dan ini aku nukilkan pula pesan buatnya..entahlah dia membaca atau tidak..tapi aku tetap mahu nukilkan..kalaupun dia tidak membaca..biarlah ini jadi ingatan untuk aku..terima kasih kawan..
p/s:jika kau terbangun lebih awal,usaplah wajahmu dengan dinginnya embun pagi yang pasti jernih tentu saja akan melumpuhkan kehangatan kamar tidurmu.dan jika kau terbangun terlebih lewat usah mengharap akan ada embun pagi.tunggulah di esok hari.begitulah aku sering mentaksir hidup ini.
Apa-apa pun hargai setiap momen dalam hidup anda!mana ada perjuangan yang patah!

Sunday, July 17, 2011
melepaskan keterikatan
gerimis masih terburai manja.tiada tanda akan berhenti.sejuk.bandar ini pun sama sunyi.sama seperti jiwa ini.kelam tanpa rasa.di sudut hujung bangunan ini saya mengelamun.tentang hidup dan harapan.tentang cita dan cinta.sesekali deruan kenderaan mengganggu lamunan.lamunan terhenti.
dan seperti biasa menyedut dalam dan menghembus.kepulan asap pun berselingkar bagai-bagai rupa.menerawang akhirnya hilang entah kemana.setiap hembusan ada harapan aku sebenarnya.harapan agar masalah sama pergi bersama hilang nya gerombolan asap itu.
gerimis dan sunyi kota kecil.aku benar-benar kacau.
ini proses biasa.proses matang.proses membesar dan akhirnya mendewasa.aku sebenarnya dalam proses melepaskan keterikatan.sedikit demi sedikit.biarlah ia tidak secara total tapi sekurang-kurangnya ia adalah proses yg terus berlaku dan berjalan.
lama sudah aku pendam.akhirnya aku ambil jalan berani.aku mahukan ruang.ruang untuk menghayati masa muda dan perjuangan.selalunya begitulah.kemahuaan pasti ada pengorbanan.maka aku pilih untuk berkorban.sakit.tapi itulah.aku yang mahu jalan ini.aku akan terus jalan.jalan terus!
maaf.andai aku bersalah.aku bukan apa-apa.aku bukan benci dan dendam.aku mahu lepaskan sedikit demi sedikit keterikatan yang selalu membelenggu.mahu ruang.maaf.
akhirnya,aku akan mengadu pada gerimis.pada sunyi kota kecil.pada selingkar asap.aku sudah semakin kuat.dan akan terus kuat.percyalah.mana ada perjuangan yang patah!

Monday, May 30, 2011
bahagia apa?
Suka atau tidak,hakikat ini mesti kita terima.kita melakukan apa sahaja demi mencari kebahagiaan yang kita sendiri mahu dapat.proses kehidupan biasanya akan buat kita matang dan dewasa.dan disebalik penceritaan kisah kehidupan kita,kita seharusnya bersyukur kerana kita terus Berjaya dan Berjaya melangkah ke takah lebih tinggi.ramai yang kecundang tapi saya tidak fikir mereka itu sudah mati.mereka itu Cuma menjalani proses biasa dalam hidup iaitu menemui satu simpang bernama gagal.tapi cubalah selami disebalik kegagalan itu.apa sebenarnya yang diaajar pada setiap kepahitan kegagalan itu.sebenarnya disitulah lahir satu kata terindah yakni menang.
berjumpa dengan simpang gagal dalam hidup perkara normal.saya kira saya masih di simpang gagal.banyak perkara belum saya cerap.paling malang saya sudah terjerumus dalam kancah leka.sebetulnya saya akui secara jujur,segala yg terbit dari hati saya terutama yg membawa saya kpd kelekaan bkn satu tapi pelbagai.antara saya kesalkan adalah saya kenal cinta terlalu awal.sedangkan saya belum pun puas mengunyah segala sisi intelektual.secara terus terang ini memang benar-benar mengganggu,kerana secara tidak sedar tahap konsentrasi saya agak lemah.kalau dahulu saya akan membaca sesuatu yang saya minat tanpa saya memikirkan apa-apa komitmen lain dan saya akan focus walaupun untuk berhari-hari.namun kini saya perlu melayani panggilan hati saya sendiri.saya akhirnya terpaksa menerima ini adalah khilaf.namun saya tidak mahu menyesal kerana saya yang memilih dan mahu atau tidak saya tetap kena lalui.
Sebenarnya kita ini bolehlah dianggap sedang berada dihadapan sebuah lukisan yang abstrak.kita sama-sama sedang menafsir makna disebalik keindahan lukisan itu.dan saya yakin.otak kita benar-benar serabut dalam mencari makna keindahan lukisan itu. saya akan mentafsir begini,dan anda mungkin mentafsir sebaliknya.itulah sebenarnya kehidupan.apa-apa pun kita redah sajalah!

Tuesday, May 10, 2011
mahu apa?
kenapa kita mahu jadi orang lain?.
kita selalu mengharapkan bahawa kita menjadi politikus hebat,ahli sukan terhandal,ahli-ahli intelektual ternama.
sebenarnya...kita mengharapkan keajaiban.usahlah diharapkan sangat pada keajaiban.dalam hidup, keajaiban hanya di layar-layar perak.saya pun sama. selalu mahu jadi sasterawan hebat,ahli intelektual,politikus korup,ahli korporat kaya raya.tapi itulah,saya sedar itu keajaiban.pokok pangkal tetap pada saya.malah kalau saya mahu saya boleh jadi sehebat-hebat nya.sehinggalah saya sedar saya tidak boleh terus bermimpi dan berdoa agar keajaiban datang.dan akhirnya saya memilih untuk mencari jalan saya.bagi saya, tidak kaya tidak apa asal hidup tidak menagih simpati orang.kaya itu bonus.dan mahu hidup biasa-biasa sahaja.sebenarnya hidup yang biasa-biasa ini adalah menifestasi kesederhanaan.
percaya atau tidak,cuba bandingkan putrajaya dan masjid rusila atau pulau melaka.putrajaya adalah lambang autokrasi,kemegahan,kekayaan.lihat masjid putrajaya.gah dan hebat.tapi itulah, jemaahnya jarang penuh.hatta kediaman perdana menteri yang hanya beberapa langkah dari situ pun jarang bersama-sama mengimarah masjid.tapi kita faham lah kehidupan seorang PM.bandingkan dengan pondok ayah chik(panggilan untuk Haji Hadi) di rusila dan pondok MB kelantan di pulau melaka.itu lambang sederhana.saya kira itu jalan yang cocok.pondok kecil tapi hati ikhlas.jemaah satu malaysia datang bukan mahu megah,tapi mahu cari berkat,cari ikhlas.jemaah penuh,bersama penuhnya keikhlasan.
begitulah saudara,itu lah antara jalan yang ada.kita sebagai manusia biasa,ada nafsu,ada shahwat,ada keinginan,ada kemahuan.itu biasa.itu fitrah.kaya itu bonus.KEJARLAH PELANGIMU DAN JANGAN PERNAH BERHENTI.

Tuesday, April 12, 2011
politikus
apa kau fikir kau tuhan?
tahan berahi kami.
dengan akta2 banggang!
apa ko fikir kami tak punya batang pelir?
yang juga mahu menegang.
setan ko,tahan kami pancut!
apa kami ini tidak ada maruah?
kau fikir video lucah ko mampu puaskan gersang kami.
celaka,kami jadi masyarakat lucah!
apa kau belum puas?
tolak kami dari bangunan tmpat bunuh diri.
jahanam kau fikir kami ini iman nipis!
ah, pergi mampus dengan akta banggang kau!
kami mahu urut batang!
kami mahu puas!
kami mahu klimaks!
kami mahu sedap dalam hidup!
macam ko selalu rasa!
masa asa kuasa!

Tuesday, March 29, 2011
aku dan kecintaan
hari ini aku sudah tidak menjadi aku.aku sudah jadi makhluk bangsat yang lesu.untuk tulisan ini,aku kira sudah ribuan kecintaan aku telah pun terkubur bersama jasad aku yang kian lemah dan sering sakit-sakit.maaf kecintaan-kecintaan semalam yang telah aku curangi!.aku curang pada kecintaan yang banyak melayan nafsu berahi aku selama lebih kurang dua puluhan tahun aku berjiwa.maaf.
aku memang sudah lama benar tidak bermesra bersama kecintaan-kecintaan aku.nafsu benar-benar sudah berang.ingin dipuaskan!.tapi itulah,jalan kita,kita yang pilih.jalan kita memang berbeza tapi yang sama aku kira adalah matlamat kita.aku bercaya dan yakin kita mencari bahagia di sisi akhir penceritaan kehidupan kita.memang kita berbeza,politikus,peguam,doktor,pelacur,pengemis...semuanya mencari kebahagiaan dalam kisah kehidupan.
aku kira,berada dalam tembok kampus benar2 menyesakkan nafas aku.benar2 memenjarakan nafsu berahi aku yang sering menjerit minta dipuaskan.selalunya begitulah nafsu ini akan terus meronta minta dipuaskan.dan aku, akan terangsang.sama-sama mohon diberikan ruang untuk bersama melayari kenikmatan bersenggama bersama kenangan.dan.akhirnya sama-sama mencurahkan kenikmatan.saling berbalas dengan keletihan nikmat.ah,nikmat yang tak mungkin aku lupakan!.aku benar2 rindukan kecintaan aku!.
akhirnya.ini adalah cebisan kecintaan aku.
sungai dan lautan...alam...bergelandangan..berlari...shahnon,usman awang,samad ismail,abdullah husien(sedikit kesal krana beliau sanggup merelakan INTERLOK dirogol politikus) , faisal,pramodya,rendra,chairil,buya hamka,hegel,ali shariati,wittgenstein,kant...........................
semoga aku kembali menjadi manusia..

Monday, March 28, 2011
Tuesday, March 22, 2011
hujan
saudara,hari ini hujan masih sama seperti hari-hari sebelumnya.dan aku masih sama.menyedut dalam dan menghembus kepulan asap.dan asap pun masih sama menerawang dan menghilang.begitulah sukar sebenarnya mahu meninggalkan kebiasaan.sudah terbiasa.
masalah datang dan pergi.adakalanya merungut banyak pun sudah tidak membawa makna.yang penting masalah itu adalah rencah.jadi gunakanlah rencah ini sebagai penyedap rasa dalam hidup.tadi,dalam kelas ada kawan cuit aku.katanya''if i died,please write something about me in your memoir''.begitulah,kita dan cerita kita,mahu yang indah-indah sahaja.mahu yang sempurna.hahaha.aku hanya mampu berkata jangan risau pasti akan aku coretkan.sebenarnya aku pun masih berfikir.siapa aku? mahu mempunyai memoir sendiri.hahaha.tapi itulah, takdir bukan kita yang tentukan.maka,jika saudara pernah merasakan kesedihan dan kegembiraan dalam satu tarikan nafas,saudara akan tahu tiada apa yang perlu disesali,ini rencana takdir.percayalah pada takdir saudara.
saudara,kita hanya akan menghargai setelah kehilangan.maka sebelum kehilangan hargai lah momen saudara.selalu kita lupa kita akan merindukan momen-momen lepas.aku akui momen lepas adalah keindahan dalam penciptaan kehidupan aku.walaupun momen muda aku dibunuh seawal umur empat belas.aku melangkah ke institusi ala tentera.hahaha.namun aku masih merindukan momen-momen itu.pahit itu adalah penawar.dalam pahit bergelut dengan hidup itulah kami menciptakan kehidupan kami.
akhirnya,kesempurnaan bukan pada mata.tapi pada hati.belajarlah menerima seadanya.not-not pada wang ringgit memang punya nilai.tapi kita lah sebenarnya yang menilai.not 100 sudah cukup untuk membahagiakan warga si buruh walhal hatta not 100000 pun belum cukup menyedapkan hati si tuan loyar.sebenarnya kita adalah pelengkap nilai pada not-not kertas ringgit.aku bukan menghalang kalian menjadi kaya-raya,cuma aku mahu kalian tidak salah meletakkan nilai pada wang ringgit.bersederhanalah.
hujan.titik-titik sama.indah dan bermakna.

Saturday, March 12, 2011
berlari
esok..andai ada lagi kesempatan..aku akan terus berlari.berlari dan berlari.sampai aku mengah.sampai aku penat.sampai aku puas.sampai bila-bila pun aku akan pastikan larian aku ini tidak berhenti.percayalah,selagi aku bernafas,selagi berupaya,selagi aku berjiwa,aku x akan mati!aku x akan berhenti.sampai bila-bila.ajal sahaja menghentikan aku.aku mahu menghirup udara bersama larian aku.aku mahu bertemu kepuasan aku dalam larian aku.ini adalah larian aku.aku akan terus.terus dan terus.sampai penamat.
esok..andai aku sudah mengah..andai aku sudah tiada upaya.andai aku sudah tidak berjiwa.maka.sudah-sudahlah.masa aku sudah sampai.terima kasih buat yang memberi aku semangat sepanjang aku berlari.terima kasih juga yang berusaha memnghentikan larian aku.kalian adalah jalan yang aku temui di sepanjang larian aku.aku hargai.itu lah sebuah pelajaran yang akan aku kenang.maka.kapan kan lah aku selayaknya.andai aku ini selayaknya dihargai maka hargailah seadanya.andai aku ini selayaknya dihina,maka berilah hinaan seadanya.aku terima segalanya.ini adalah segala yg berlaku sepanjang aku berlari.
esok..bukan aku yang tentukan.esok bukan milik aku.bukan juga milik kalian.esok harap2 ada lagi upaya.esok,harap2 ada lagi jiwa.esok,harap2 ada lagi masa.aku mahu lebih menghargai laluan larian aku.aku mahu lebih menghayati larian aku.aku akan terus berlari.tak kan berhenti!
-mana ada perjuangan yang patah-

Saturday, February 26, 2011
gelandangan
masih merindui kehangatan bersenggama bersama kenangan....
dan akhirnya aku terpaksa akui aku telah pun jauh meninggalkan kenangan.maaf. kenangan selalu menggoda aku dengan hangat sentuhan mesra yang menggoda.itulah kenangan yang aku kenal.mesra dan menggiurkan.
selalu aku alpa, aku perlu sedar dari kelazatan kenangan.masa lalu biarlah berlalu.jangan lah dibawa-bawa selalu.sekarang adalah masa menunai janji.janji-janji indah yang dilontar tatkala masa lalu.biasanya aku jadi takut dengan janji-janji aku sendiri.takut makan diri.
janji mahu lebih mengunyah sisi intelektual,janji mahu terus teguh dengan prinsip,janji mahu kekal bersemangat melawan kebodohan,janji mahu kenal dan erat dengan Pencipta,janji mahu hargai keluarga,janji itu dan ini!!!!!!!
aku mahu terus teguh!!!
kini.....
aku sendiri pun tidak hargai tulisan aku.
biarlah mereka tidak menghargai. tidak mengapa.
yang paling penting apabila aku sendiri sudah tiada nafsu pada tulisan sendiri!parah!
tahap teruk!
berharap aku kembali ke arah betul!
saudara-saudara tolong.betulkan aku jika salah.bukan apa-apa. sedikit rangsangan pun sudah cukup.sedarkan diri yang makin menjauh. dgn janji-janji yang ditabur.tolong.

Wednesday, February 23, 2011
pelangi
dan aku sudah pun sampai di satu lereng yang indah.terdampar di bingkisan mata sepetku adalah pelangi warna warni.seperti biasa pelangi adalah menifestasi keindahan.kita dan subjek keindahan adalah ikatan yang sangat rapat.mahu hanya yang indah-indah.yang tak indah selalu dihina-hinakan.hahaha.macam la kita ini indah. selalu kadang-kadang kita ini kotor dan berbangkai.biarlah.fitrah.
saat ini adalah masa aku bermuhasabah.menoleh mengingatkan banyak sudah jalan aku tempuhi.namun bnyak yg aku mahu masih belum tertunai.kalau pun tertunai hanya cebisan-cebisan kecil yang perlu aku perjuangkan lagi.hahaha.hidup dan sisi kehidupan biasa.membesar dan mendewasa.mendewasa dan matang.sampai satu masa kita akan diukur dengan sisi kematangan.banyak mana yg telah dilalui.dan apa yg merasionalkan kita pada tindakan-tindakan kita.itulah ukuran kematangan.
mengkhianati dan dikhianati.berkawan dan berlawan.gagal dan berjaya.itu subjek biasa.masih banyak ruang yang masih boleh diteroka.kerana itu lah kita akan sentiasa mencari dan terus mencari subjek-subjek indah dalam hidup.selalu mahu pelangi.hahaha.biarlah pelangi kan indah.
setakat ini,saat ini,aku masih belum berpuas hati dengan takah-takah yang aku lalui.aku mahu terus melalui lereng bukit ini dan menghayati sendiri momen pelangi itu berkilau.pelangi dan warna-warna perjuangan.pelangi dan warna-warna keindahan.semoga aku terus teguh berjalan dan mentafsir.dan semoga pelangi itu sudi memancarkan warna-warna keindahan yang akan aku kenang dan hayati untuk aku terus melangkah bagi takah-takah seterusnya.terima kasih ibu,ayah,adik-adik,kawan-kawan.semoga kalian berjumpa pelangi kalian.pelangi indah di tepi lereng bukit yang kalian sendiri daki.semaga berjaya kalian!
op mana ada perjuangan yang patah.

Monday, February 14, 2011
terus hidup
melakukan hal2 yg menjadi kesukaan tanpa ragu...
patah semangat bukan satu pilihan....
keazaman untuk terus hidup dan menghargai kehidupan....
selamat tinggal kematian!!

Thursday, February 10, 2011
berbogel dan berlari
bersetuju bahawa berbogel dan berlari adalah perbuatan tidak bertamadun...namun bait2 kehidupan aku kini sangat tidak teransang...tiada lagi nafsu berahi datang menggoda yg dahulu selalu mengganggu mimpi2 aku saban malam....aku pun terbawa-bawa ransangan itu dan klimaks...puas....kini aku benar2 gelisah...kenapa nafsu itu pergi...aku rindukan masa-masa bersetubuh dahulu dahulu...benar-benar merasai kenikmatan...
tapi itulah...ini kehidupan...masa pahit dan manis itu adalah satu kitaran berterusan...apa yang tinggal kini....hanya aku dan lingkaran akademik yang mematikan hawa nafsu dengan seribu satu sekatan...tiada lg nafsu2 yg memberahi yang aku temui di tepi-tepi jalan...bagaimana kehidupan itu berjalan seasli mungkin...bukan PLASTIK!!!.
aku kira semoga aku mampu menahan nafsu aku...selama beberapa tahun mati di dalam lingkaran akademia sempit bernama kampus...semoga aku kembali dihidupkan setelah mati untuk beberapa tahun...dan kembali bersetubuh bersama cinta-cinta aku di luar sana...bergelandangan menguyah erti hiduup....
kepada kecintaan aku di luar sana...aku terseksa menahan gelodak nafsu yg meronta untuk dipuaskan....benar2 memandulkan aku...kampus dan buku-buku seperti document of tyranny,the malaysian dictatorship system,torty.....benar-benar mematikan kehidupan aku seketika....biarlah...ini sistem kita....sistem negara maju 2020....aku akan terus mengunyah kesakitan menahan gelodak nafsu aku seberapa mungkin....
TUNGGU!!!!HABIS SAHAJA KONGKONGGAN INI,AKU AKAN KEMBALI BERSETUBUH!!!MENYETUBIHI KECINTAAN-KECINTAAAN AKU DI LUAR SANA!!!AKU AKAN KLIMAKS DAN KLIMAKS DAN KLIMAKS!!!
MANA ADA PERJUANGAN YG PATAH!!!!

Wednesday, January 26, 2011
berdiri
aku masih sama,menuntut tiada perubahan...aku suka menjadi aku.bersedia mengharungi hidup tanpa menjadi orang lain.
perjalanan demi perjalanan sangat aku hargai pahit manisnya.dan aku bangga masih mampu berdiri dan berkata aku sudi mengharungi seribu lagi kekecewaan!.kerana tiada yg manis dalam hidup ini jika tiada pernah merasai kekecewaan.
aku x pernah mati,tak akan berhenti!!!
proses sama aku dan engkau laui.....dari bayi hinggalah matang dan mendewasa...dan jangan ditukar perjalanan hidup aku hatta dengan emas sekalipun..biar aku mengembara dan mengenal sendiri takah-takah hidup..biar mati sahaja memberhentikan aku...biar aku terus mendewasa dengan alur dan jalur aku sendiri...tolong berhenti mendoktrin...aku sahaja akan putuskan kehidupan aku..sampai satu masa aku terpaksa lepaskan segalanya...seorang dan menyendiri...
kerana proses kehidupan itu sendiri menuntut perjuangan sendiri-sendiri..

Wednesday, January 5, 2011
enam tahun
tiga hari terlewat,
maaf.
ini sebuah puisi rindu-rinduan...
rindu kenangan bersama,
mengunyah erti hidup.
6 tahun lalu,
kita bermula sama,
apa lagi kalau bukan 'new boy'
berpesta merai hidup dengan seniority menggila.
masa berlalu deras,
cemburu musim bersama,
kita menuju dewasa,
dan kita semakin tidak sama.
akhirnya,waktu benar2 berang,
kata putus dari waktu,
kau dan aku berpisah saja,
cari haluan sendiri,
cari kepuasan sendiri!
selepas enam tahun,
aku percaya..
waktu mematangkan kita,
dan kita semakin gagah menempuh hidup.
mungkin,
aku disini dan kau nun jauh disana,
kita sudah mula mengorak menempa nama,
berdiri atas keyakinan sendiri!
dan,
tiga hari semalam,
adalah ulang kelahiran kita yang ke enam.
tetap ada yang sama walau kita kini jauh berbeza,
kita adalah 'old putera',
lahir di hari ke tiga,
bulan satu,
tahun ke dua ribu lima.
dan,
masih ada ikatan antara kita,
kerana dahulu-dahulu kita bersumpah akan setiakawan,
di atas nama 'FORTS family'...
SEMOGA BERJAYA KALIAN!
~SELAMAT ULANG TAHUN KE ENAM~
op mana ada perjuangan yang patah

Tuesday, January 4, 2011
sempurna
inilah subjek yang sentiasa dicari dalam hidup.sehingga selalu lupa bahawa kesempurnaan sepatutnya dari hati,bkn dari nafsu serakah yang menggila ghairah!!!.ini adalah proses yang panjang sebetulnya.pelbagai jalan diberi,namun jarang kita temui jalan yang cocok dengan kita.begitulah kita,dan telatah kita.tersenyum di luar tapi meratapi di dalam.saudara,ini subjek paling sukar dalam proses kehidupan.kita akan terus mencari dan mencari.
sesekali,belajarlah menerima seadanya.namun seharusnya benar lah bahawa kata memang selalu nya mudah meluncur keluar namun, tindakan selalunya berakhir dengan kegagalan.akhirnya sendiri yang kecewa.dalam proses pencarian kesempurnaan ini kita perlu berlapang dada.memang impian yang gagal selalu nya perit dan pahit.namun ada perkara yang perlu dinilai.perkara pertama adalah usaha kita tidak segagah impian kita.manakala penilaian kedua adalah bahawa sesuatu yang lebih baik menunggu kita di depan sana namun bukan berasaskan impian kita.
maka,walau sukar, beranilah berhadapan.belajar secara perlahan bahawa kehidupan adalah satu proses menuju kesempurnaan yang panjang.selalu nya tangisan akan berakhir dengan derai tawa.begitulah sebaliknya.berjuanglah,berlawanlah,berperanglah...kerana kesempurnaan itu adalah melalui kita.kadang-kadang dapat makan tanpa mengharapkan ihsan orang lain sudah cukup sempurna bagi anda,tapi tidak bagi saya.begitulah sebaliknya.tugas saya dan saudara adalah berjuang untuk proses kehidupan yg berterusan mengejar subjek kesempurnaan.saudara,belajarlah menghargai!!!

Subscribe to:
Comments (Atom)