Saturday, February 26, 2011

gelandangan

masih merindui kehangatan bersenggama bersama kenangan....
dan akhirnya aku terpaksa akui aku telah pun jauh meninggalkan kenangan.maaf. kenangan selalu menggoda aku dengan hangat sentuhan mesra yang menggoda.itulah kenangan yang aku kenal.mesra dan menggiurkan.

selalu aku alpa, aku perlu sedar dari kelazatan kenangan.masa lalu biarlah berlalu.jangan lah dibawa-bawa selalu.sekarang adalah masa menunai janji.janji-janji indah yang dilontar tatkala masa lalu.biasanya aku jadi takut dengan janji-janji aku sendiri.takut makan diri.

janji mahu lebih mengunyah sisi intelektual,janji mahu terus teguh dengan prinsip,janji mahu kekal bersemangat melawan kebodohan,janji mahu kenal dan erat dengan Pencipta,janji mahu hargai keluarga,janji itu dan ini!!!!!!!

aku mahu terus teguh!!!

kini.....
aku sendiri pun tidak hargai tulisan aku.
biarlah mereka tidak menghargai. tidak mengapa.
yang paling penting apabila aku sendiri sudah tiada nafsu pada tulisan sendiri!parah!
tahap teruk!

berharap aku kembali ke arah betul!

saudara-saudara tolong.betulkan aku jika salah.bukan apa-apa. sedikit rangsangan pun sudah cukup.sedarkan diri yang makin menjauh. dgn janji-janji yang ditabur.tolong.

No comments:

Post a Comment