Suka atau tidak,hakikat ini mesti kita terima.kita melakukan apa sahaja demi mencari kebahagiaan yang kita sendiri mahu dapat.proses kehidupan biasanya akan buat kita matang dan dewasa.dan disebalik penceritaan kisah kehidupan kita,kita seharusnya bersyukur kerana kita terus Berjaya dan Berjaya melangkah ke takah lebih tinggi.ramai yang kecundang tapi saya tidak fikir mereka itu sudah mati.mereka itu Cuma menjalani proses biasa dalam hidup iaitu menemui satu simpang bernama gagal.tapi cubalah selami disebalik kegagalan itu.apa sebenarnya yang diaajar pada setiap kepahitan kegagalan itu.sebenarnya disitulah lahir satu kata terindah yakni menang.
berjumpa dengan simpang gagal dalam hidup perkara normal.saya kira saya masih di simpang gagal.banyak perkara belum saya cerap.paling malang saya sudah terjerumus dalam kancah leka.sebetulnya saya akui secara jujur,segala yg terbit dari hati saya terutama yg membawa saya kpd kelekaan bkn satu tapi pelbagai.antara saya kesalkan adalah saya kenal cinta terlalu awal.sedangkan saya belum pun puas mengunyah segala sisi intelektual.secara terus terang ini memang benar-benar mengganggu,kerana secara tidak sedar tahap konsentrasi saya agak lemah.kalau dahulu saya akan membaca sesuatu yang saya minat tanpa saya memikirkan apa-apa komitmen lain dan saya akan focus walaupun untuk berhari-hari.namun kini saya perlu melayani panggilan hati saya sendiri.saya akhirnya terpaksa menerima ini adalah khilaf.namun saya tidak mahu menyesal kerana saya yang memilih dan mahu atau tidak saya tetap kena lalui.
Sebenarnya kita ini bolehlah dianggap sedang berada dihadapan sebuah lukisan yang abstrak.kita sama-sama sedang menafsir makna disebalik keindahan lukisan itu.dan saya yakin.otak kita benar-benar serabut dalam mencari makna keindahan lukisan itu. saya akan mentafsir begini,dan anda mungkin mentafsir sebaliknya.itulah sebenarnya kehidupan.apa-apa pun kita redah sajalah!