Tuesday, May 10, 2011

mahu apa?

kenapa kita mahu jadi orang lain?.

kita selalu mengharapkan bahawa kita menjadi politikus hebat,ahli sukan terhandal,ahli-ahli intelektual ternama.

sebenarnya...kita mengharapkan keajaiban.usahlah diharapkan sangat pada keajaiban.dalam hidup, keajaiban hanya di layar-layar perak.saya pun sama. selalu mahu jadi sasterawan hebat,ahli intelektual,politikus korup,ahli korporat kaya raya.tapi itulah,saya sedar itu keajaiban.pokok pangkal tetap pada saya.malah kalau saya mahu saya boleh jadi sehebat-hebat nya.sehinggalah saya sedar saya tidak boleh terus bermimpi dan berdoa agar keajaiban datang.dan akhirnya saya memilih untuk mencari jalan saya.bagi saya, tidak kaya tidak apa asal hidup tidak menagih simpati orang.kaya itu bonus.dan mahu hidup biasa-biasa sahaja.sebenarnya hidup yang biasa-biasa ini adalah menifestasi kesederhanaan.

percaya atau tidak,cuba bandingkan putrajaya dan masjid rusila atau pulau melaka.putrajaya adalah lambang autokrasi,kemegahan,kekayaan.lihat masjid putrajaya.gah dan hebat.tapi itulah, jemaahnya jarang penuh.hatta kediaman perdana menteri yang hanya beberapa langkah dari situ pun jarang bersama-sama mengimarah masjid.tapi kita faham lah kehidupan seorang PM.bandingkan dengan pondok ayah chik(panggilan untuk Haji Hadi) di rusila dan pondok MB kelantan di pulau melaka.itu lambang sederhana.saya kira itu jalan yang cocok.pondok kecil tapi hati ikhlas.jemaah satu malaysia datang bukan mahu megah,tapi mahu cari berkat,cari ikhlas.jemaah penuh,bersama penuhnya keikhlasan.

begitulah saudara,itu lah antara jalan yang ada.kita sebagai manusia biasa,ada nafsu,ada shahwat,ada keinginan,ada kemahuan.itu biasa.itu fitrah.kaya itu bonus.KEJARLAH PELANGIMU DAN JANGAN PERNAH BERHENTI.

No comments:

Post a Comment