gerimis masih terburai manja.tiada tanda akan berhenti.sejuk.bandar ini pun sama sunyi.sama seperti jiwa ini.kelam tanpa rasa.di sudut hujung bangunan ini saya mengelamun.tentang hidup dan harapan.tentang cita dan cinta.sesekali deruan kenderaan mengganggu lamunan.lamunan terhenti.
dan seperti biasa menyedut dalam dan menghembus.kepulan asap pun berselingkar bagai-bagai rupa.menerawang akhirnya hilang entah kemana.setiap hembusan ada harapan aku sebenarnya.harapan agar masalah sama pergi bersama hilang nya gerombolan asap itu.
gerimis dan sunyi kota kecil.aku benar-benar kacau.
ini proses biasa.proses matang.proses membesar dan akhirnya mendewasa.aku sebenarnya dalam proses melepaskan keterikatan.sedikit demi sedikit.biarlah ia tidak secara total tapi sekurang-kurangnya ia adalah proses yg terus berlaku dan berjalan.
lama sudah aku pendam.akhirnya aku ambil jalan berani.aku mahukan ruang.ruang untuk menghayati masa muda dan perjuangan.selalunya begitulah.kemahuaan pasti ada pengorbanan.maka aku pilih untuk berkorban.sakit.tapi itulah.aku yang mahu jalan ini.aku akan terus jalan.jalan terus!
maaf.andai aku bersalah.aku bukan apa-apa.aku bukan benci dan dendam.aku mahu lepaskan sedikit demi sedikit keterikatan yang selalu membelenggu.mahu ruang.maaf.
akhirnya,aku akan mengadu pada gerimis.pada sunyi kota kecil.pada selingkar asap.aku sudah semakin kuat.dan akan terus kuat.percyalah.mana ada perjuangan yang patah!
No comments:
Post a Comment