Saturday, July 23, 2011

siapa kita?

malam ini indah.ada bulan,ada bintang.sempurna bukan?

apalah sangat yang mahu dikejar dalam pelarian yang singkat ini.cukuplah untuk belajar memahami bukan menghukumi.kita bukan siapa-siapa pun.sampai masa kita akan hilang segalanya.sukarnya mahu memahami.tapi saya selalu menghukum.saya selalu salah.selalu sahaja menghukum!

saya akan terus belajar dari universiti ini.tanpa bayaran.cuma perlu semangat dan keyakinan.saya percaya ini adalah universiti terbaik.tanpa anugerah yang ditaja perkasa.tanpa gelaran di pangkal nama.kerana akhirnya saya akan dinilai bukan oleh manusia tapi oleh pencipta.itulah titik akhir sebenarnya..apa kita berjaya atau gagal bukan tugas kita sama-sama hamba untuk tentukan.

mungkin di sini kita dipandang gagal..tapi disana,di tempat yang abadi kita belum tentu gagal..disanalah keputusan muktamad.tanpa ada rayuan.

jadi saya kira apa yang perlu hanyalah pengHIJRAHan..bersama menjadi ikhlas..bersama memandang manusia itu sama..bukan haiwan untuk kau puaskan nafsu serakah.bukan binatang untuk kau buktikan kuasa.bahkan pada haiwan pun kita perlu berlaku ehsan.

saya akan belajar menerima kelemahan saya dan memperbaiki..saya mahu HIJRAH....!!!

No comments:

Post a Comment