Tuesday, January 4, 2011

sempurna

inilah subjek yang sentiasa dicari dalam hidup.sehingga selalu lupa bahawa kesempurnaan sepatutnya dari hati,bkn dari nafsu serakah yang menggila ghairah!!!.ini adalah proses yang panjang sebetulnya.pelbagai jalan diberi,namun jarang kita temui jalan yang cocok dengan kita.begitulah kita,dan telatah kita.tersenyum di luar tapi meratapi di dalam.saudara,ini subjek paling sukar dalam proses kehidupan.kita akan terus mencari dan mencari.

sesekali,belajarlah menerima seadanya.namun seharusnya benar lah bahawa kata memang selalu nya mudah meluncur keluar namun, tindakan selalunya berakhir dengan kegagalan.akhirnya sendiri yang kecewa.dalam proses pencarian kesempurnaan ini kita perlu berlapang dada.memang impian yang gagal selalu nya perit dan pahit.namun ada perkara yang perlu dinilai.perkara pertama adalah usaha kita tidak segagah impian kita.manakala penilaian kedua adalah bahawa sesuatu yang lebih baik menunggu kita di depan sana namun bukan berasaskan impian kita.

maka,walau sukar, beranilah berhadapan.belajar secara perlahan bahawa kehidupan adalah satu proses menuju kesempurnaan yang panjang.selalu nya tangisan akan berakhir dengan derai tawa.begitulah sebaliknya.berjuanglah,berlawanlah,berperanglah...kerana kesempurnaan itu adalah melalui kita.kadang-kadang dapat makan tanpa mengharapkan ihsan orang lain sudah cukup sempurna bagi anda,tapi tidak bagi saya.begitulah sebaliknya.tugas saya dan saudara adalah berjuang untuk proses kehidupan yg berterusan mengejar subjek kesempurnaan.saudara,belajarlah menghargai!!!

No comments:

Post a Comment