malam ini indah.ada bulan,ada bintang.sempurna bukan?
apalah sangat yang mahu dikejar dalam pelarian yang singkat ini.cukuplah untuk belajar memahami bukan menghukumi.kita bukan siapa-siapa pun.sampai masa kita akan hilang segalanya.sukarnya mahu memahami.tapi saya selalu menghukum.saya selalu salah.selalu sahaja menghukum!
saya akan terus belajar dari universiti ini.tanpa bayaran.cuma perlu semangat dan keyakinan.saya percaya ini adalah universiti terbaik.tanpa anugerah yang ditaja perkasa.tanpa gelaran di pangkal nama.kerana akhirnya saya akan dinilai bukan oleh manusia tapi oleh pencipta.itulah titik akhir sebenarnya..apa kita berjaya atau gagal bukan tugas kita sama-sama hamba untuk tentukan.
mungkin di sini kita dipandang gagal..tapi disana,di tempat yang abadi kita belum tentu gagal..disanalah keputusan muktamad.tanpa ada rayuan.
jadi saya kira apa yang perlu hanyalah pengHIJRAHan..bersama menjadi ikhlas..bersama memandang manusia itu sama..bukan haiwan untuk kau puaskan nafsu serakah.bukan binatang untuk kau buktikan kuasa.bahkan pada haiwan pun kita perlu berlaku ehsan.
saya akan belajar menerima kelemahan saya dan memperbaiki..saya mahu HIJRAH....!!!
bodohnya kita memilih untuk hanya jadi orang berilmu tapi tidak untuk beragama.
Saturday, July 23, 2011
Tuesday, July 19, 2011
bicara dengan kawan
Kita hidup merancang dan berusaha tapi tuhan menentukan segalanya...
Semalam aku bertegur sapa dengan seorang kawan..kawan yang baik..kawan yang hebat..jadi aku pun bertegur sapa lah seadanya..dan kami pun macam biasa juga lah berceritalah seadanya..aku khabarkan soal aku dan kehidupan..dan dia..jadi pendengar setia..ok lah..aku beruntung masih ada yang mahu mendengar keluh kesah aku..Cuma aku sedikit tertarik dengan nasihat beliau..kata nya aku ada masalah hati..kata nya aku ada 3 masalah..aku pun dengar lah syarahan percuma itu..
1-masalah nak lepaskan cinta pada manusia
2-masalah pengorbanan utk manusia
3-pertalian dengan pencipta
Aku sebenarnya kurang faham..tapi tak mengapalah..aku cubalah faham sekadar pemahaman aku..masalah pertama adalah melepaskan cinta pada manusia..cinta pada manusia ini ada macam-macam..cinta pada ibu,ayah,sahabat,guru, dan kekasih..jadi aku fikir mungkin kawan aku maksudkan adalah cinta pada kekasih.aku memang bermasalah dalam cinta pada kekasih..hahaha..tapi itulah ..CINTA ITU HAK SEMUA ORANG,KITA TIDAK MAMPU MENOLAKNYA..jadi aku akan cuba untuk cinta seadanya..biasa-biasa..cinta yang tidak melalaikan aku..atau lebih tepat cinta dalam hati saja.
Seterusnya,kawan hebat ini syarahkan tentang mslah pengorbanan untuk manusia..ini juga sangat meluas pentaksirannya sebenarnnya..jadi, aku pahamlah bahawa titik akhir kita adalah kita perlu berusaha memberi bukan hanya mengadu dan mengemis meminta..itulah pengorbanan untuk manusia..
Akhirnya adalah pertalian dengan pencipta..ini aku fikir jelas..dan sememangnya pertalian ini sebenarnya maha penting..aku kira jika ini Berjaya diciptakan, masalah pertama dan kedua pasti akan selesai..
Maka aku tintakan ini di hening pagi..sebelum aku lupa nasihat ikhlas kawan yang baik itu..dan ini aku nukilkan pula pesan buatnya..entahlah dia membaca atau tidak..tapi aku tetap mahu nukilkan..kalaupun dia tidak membaca..biarlah ini jadi ingatan untuk aku..terima kasih kawan..
p/s:jika kau terbangun lebih awal,usaplah wajahmu dengan dinginnya embun pagi yang pasti jernih tentu saja akan melumpuhkan kehangatan kamar tidurmu.dan jika kau terbangun terlebih lewat usah mengharap akan ada embun pagi.tunggulah di esok hari.begitulah aku sering mentaksir hidup ini.
Apa-apa pun hargai setiap momen dalam hidup anda!mana ada perjuangan yang patah!

Sunday, July 17, 2011
melepaskan keterikatan
gerimis masih terburai manja.tiada tanda akan berhenti.sejuk.bandar ini pun sama sunyi.sama seperti jiwa ini.kelam tanpa rasa.di sudut hujung bangunan ini saya mengelamun.tentang hidup dan harapan.tentang cita dan cinta.sesekali deruan kenderaan mengganggu lamunan.lamunan terhenti.
dan seperti biasa menyedut dalam dan menghembus.kepulan asap pun berselingkar bagai-bagai rupa.menerawang akhirnya hilang entah kemana.setiap hembusan ada harapan aku sebenarnya.harapan agar masalah sama pergi bersama hilang nya gerombolan asap itu.
gerimis dan sunyi kota kecil.aku benar-benar kacau.
ini proses biasa.proses matang.proses membesar dan akhirnya mendewasa.aku sebenarnya dalam proses melepaskan keterikatan.sedikit demi sedikit.biarlah ia tidak secara total tapi sekurang-kurangnya ia adalah proses yg terus berlaku dan berjalan.
lama sudah aku pendam.akhirnya aku ambil jalan berani.aku mahukan ruang.ruang untuk menghayati masa muda dan perjuangan.selalunya begitulah.kemahuaan pasti ada pengorbanan.maka aku pilih untuk berkorban.sakit.tapi itulah.aku yang mahu jalan ini.aku akan terus jalan.jalan terus!
maaf.andai aku bersalah.aku bukan apa-apa.aku bukan benci dan dendam.aku mahu lepaskan sedikit demi sedikit keterikatan yang selalu membelenggu.mahu ruang.maaf.
akhirnya,aku akan mengadu pada gerimis.pada sunyi kota kecil.pada selingkar asap.aku sudah semakin kuat.dan akan terus kuat.percyalah.mana ada perjuangan yang patah!

Subscribe to:
Comments (Atom)