Wednesday, February 23, 2011

pelangi

dan aku sudah pun sampai di satu lereng yang indah.terdampar di bingkisan mata sepetku adalah pelangi warna warni.seperti biasa pelangi adalah menifestasi keindahan.kita dan subjek keindahan adalah ikatan yang sangat rapat.mahu hanya yang indah-indah.yang tak indah selalu dihina-hinakan.hahaha.macam la kita ini indah. selalu kadang-kadang kita ini kotor dan berbangkai.biarlah.fitrah.

saat ini adalah masa aku bermuhasabah.menoleh mengingatkan banyak sudah jalan aku tempuhi.namun bnyak yg aku mahu masih belum tertunai.kalau pun tertunai hanya cebisan-cebisan kecil yang perlu aku perjuangkan lagi.hahaha.hidup dan sisi kehidupan biasa.membesar dan mendewasa.mendewasa dan matang.sampai satu masa kita akan diukur dengan sisi kematangan.banyak mana yg telah dilalui.dan apa yg merasionalkan kita pada tindakan-tindakan kita.itulah ukuran kematangan.

mengkhianati dan dikhianati.berkawan dan berlawan.gagal dan berjaya.itu subjek biasa.masih banyak ruang yang masih boleh diteroka.kerana itu lah kita akan sentiasa mencari dan terus mencari subjek-subjek indah dalam hidup.selalu mahu pelangi.hahaha.biarlah pelangi kan indah.

setakat ini,saat ini,aku masih belum berpuas hati dengan takah-takah yang aku lalui.aku mahu terus melalui lereng bukit ini dan menghayati sendiri momen pelangi itu berkilau.pelangi dan warna-warna perjuangan.pelangi dan warna-warna keindahan.semoga aku terus teguh berjalan dan mentafsir.dan semoga pelangi itu sudi memancarkan warna-warna keindahan yang akan aku kenang dan hayati untuk aku terus melangkah bagi takah-takah seterusnya.terima kasih ibu,ayah,adik-adik,kawan-kawan.semoga kalian berjumpa pelangi kalian.pelangi indah di tepi lereng bukit yang kalian sendiri daki.semaga berjaya kalian!

op mana ada perjuangan yang patah.

2 comments:

  1. rezeki tu kat mana2 je hijrah.. sesungguhnya telah Allah ciptakan sesutau untuk hambaNya dengan hikmah yang cukup tak ternilai. Redha dengan ketentuanNya dan minta segalanya diberkati Allah.. Insya Allah..

    ReplyDelete