Saturday, February 25, 2012

mahu belajar lagi


Lama benar tidak menjengah halaman ini.bukan kerana saya sibuk atau malas,tetapi memang saya mahu menoktahkan laman ini.ini kerana sy kira halaman ini adalah contengan yg tidak membawa input yg baik.Cuma,hari ini sy rasa perlu untuk sy hidupkan kembali.untuk saya luahkan sedikit rasa.biar sy punya tempat untuk bercerita.walaupun untuk diri sendiri.

Menunggu kata dari tuhan.
Baru beberapa hari lepas,keputusan akhir semester keluar.sebelum keputusan keluar,biasalah,sy akan berdebar.sy kira kawan-kawan juga punya rasa sama.inilah antara momen yg biasa dihadapi oleh pelajar.maka kita raikanlah seadanya.setelah kita melalui satu semester maka kita akan dinilai.samalah dengan kehidupan.titik akhir tetap sama kita akan tetap dinilai.Cuma yg berbeda adalah penilai.kalau kita meletakkan redha di tempat pertama sy kira kita akn ttp tenang dan menerima seadanya.namun jgn salah dalam meletakkan redha,kerana ia perlu dttg bersama usaha dan doa.
Apa-apa pun keputusan keluar.dan sy menerima seadanya,bnyak yg perlu dibaiki.ini lah bgusnya ada penilaian,kita akan sentiasa berusaha.apa yg kurang kita perbaiki.dan yg lain kita serahlah pada penilai.

No comments:

Post a Comment