Wednesday, January 26, 2011

berdiri

aku masih sama,menuntut tiada perubahan...aku suka menjadi aku.bersedia mengharungi hidup tanpa menjadi orang lain.

perjalanan demi perjalanan sangat aku hargai pahit manisnya.dan aku bangga masih mampu berdiri dan berkata aku sudi mengharungi seribu lagi kekecewaan!.kerana tiada yg manis dalam hidup ini jika tiada pernah merasai kekecewaan.

aku x pernah mati,tak akan berhenti!!!

proses sama aku dan engkau laui.....dari bayi hinggalah matang dan mendewasa...dan jangan ditukar perjalanan hidup aku hatta dengan emas sekalipun..biar aku mengembara dan mengenal sendiri takah-takah hidup..biar mati sahaja memberhentikan aku...biar aku terus mendewasa dengan alur dan jalur aku sendiri...tolong berhenti mendoktrin...aku sahaja akan putuskan kehidupan aku..sampai satu masa aku terpaksa lepaskan segalanya...seorang dan menyendiri...

kerana proses kehidupan itu sendiri menuntut perjuangan sendiri-sendiri..

Wednesday, January 5, 2011

enam tahun

tiga hari terlewat,
maaf.

ini sebuah puisi rindu-rinduan...
rindu kenangan bersama,
mengunyah erti hidup.

6 tahun lalu,
kita bermula sama,
apa lagi kalau bukan 'new boy'
berpesta merai hidup dengan seniority menggila.

masa berlalu deras,
cemburu musim bersama,
kita menuju dewasa,
dan kita semakin tidak sama.

akhirnya,waktu benar2 berang,
kata putus dari waktu,
kau dan aku berpisah saja,
cari haluan sendiri,
cari kepuasan sendiri!

selepas enam tahun,
aku percaya..
waktu mematangkan kita,
dan kita semakin gagah menempuh hidup.

mungkin,
aku disini dan kau nun jauh disana,
kita sudah mula mengorak menempa nama,
berdiri atas keyakinan sendiri!


dan,
tiga hari semalam,
adalah ulang kelahiran kita yang ke enam.
tetap ada yang sama walau kita kini jauh berbeza,
kita adalah 'old putera',
lahir di hari ke tiga,
bulan satu,
tahun ke dua ribu lima.

dan,
masih ada ikatan antara kita,
kerana dahulu-dahulu kita bersumpah akan setiakawan,
di atas nama 'FORTS family'...

SEMOGA BERJAYA KALIAN!

~SELAMAT ULANG TAHUN KE ENAM~
op mana ada perjuangan yang patah

Tuesday, January 4, 2011

sempurna

inilah subjek yang sentiasa dicari dalam hidup.sehingga selalu lupa bahawa kesempurnaan sepatutnya dari hati,bkn dari nafsu serakah yang menggila ghairah!!!.ini adalah proses yang panjang sebetulnya.pelbagai jalan diberi,namun jarang kita temui jalan yang cocok dengan kita.begitulah kita,dan telatah kita.tersenyum di luar tapi meratapi di dalam.saudara,ini subjek paling sukar dalam proses kehidupan.kita akan terus mencari dan mencari.

sesekali,belajarlah menerima seadanya.namun seharusnya benar lah bahawa kata memang selalu nya mudah meluncur keluar namun, tindakan selalunya berakhir dengan kegagalan.akhirnya sendiri yang kecewa.dalam proses pencarian kesempurnaan ini kita perlu berlapang dada.memang impian yang gagal selalu nya perit dan pahit.namun ada perkara yang perlu dinilai.perkara pertama adalah usaha kita tidak segagah impian kita.manakala penilaian kedua adalah bahawa sesuatu yang lebih baik menunggu kita di depan sana namun bukan berasaskan impian kita.

maka,walau sukar, beranilah berhadapan.belajar secara perlahan bahawa kehidupan adalah satu proses menuju kesempurnaan yang panjang.selalu nya tangisan akan berakhir dengan derai tawa.begitulah sebaliknya.berjuanglah,berlawanlah,berperanglah...kerana kesempurnaan itu adalah melalui kita.kadang-kadang dapat makan tanpa mengharapkan ihsan orang lain sudah cukup sempurna bagi anda,tapi tidak bagi saya.begitulah sebaliknya.tugas saya dan saudara adalah berjuang untuk proses kehidupan yg berterusan mengejar subjek kesempurnaan.saudara,belajarlah menghargai!!!