Sunday, August 7, 2011

bogel,lari dan lari bogel.

 malam ramadhan ke tujuh.
 di tengah perut kota sunyi.
malam kelam dan seorang lelaki menghitung takdir.
menyedut sedalam mungkin kepulan asap rokok.dalam. dan dalam. mahu terus menerobos jantung!

berligar di kepala hanyalah persoalan jalan masa depan nya.
sesekali datang soal revolusi di iran 1980. soal Shariaati setelah pulang dari Sorbonne, gerakkan Husainiyyah Irshad. hebat!ribuan anak muda dan kebangkitan Islam. ah, itu Shariaati dan jalan sejarahnya.

ah, sial.
bagaimana dengan motahhari. juga arkitek revolusioner iran. apa agamawan dan intelektual tidak bias bersama?

dan lelaki itu sudah menghabiskan setengah batang rokok. belum puas. terus menyedut sedalam mungkin. dan menghembus sejauh mungkin. ada harapan dalam hembusan itu. harapan agar asap itu membentuk jalan hidupnya. cis, itu hanya khayalan mat ganja. jangan mimpi hidup semudah itu.

fikirannya terbang pada Che Guevara. simbolik perjuangan melawan Amerika. apa si Che Guevara itu jalannya seperti Franz Fanon?. simbolik perjuangan Algeria?.

ah, jalan dan sejarah manusia hebat. mana mungkin anak kecil sekecil lelaki itu bisa coretkan. rokok hampir habis.

soal wittgenstain dan bahasa?nietzsche dan tuhan sudah mati?kant dan pencerahan?epikurus dan ateism?hegel dan pentaksiran sejarah?

cukup!rokok sudah habis. cerita ini habiskan sahaja seusai rokok itu di sedutan terakhir. sudah tentu intelektual memerlukan kesendirian,banyak berfikir.

jadi lelaki itu bangkit sambil bicara lantang " mahu jadi intelektual bukan bicara soal saiz kemaluan sahaja tapi apa kemaluan punya kebebasan untuk tegang dan klimaks sebebasnya." 

  sebelum beredar lelaki itu teringat Sokrates membincangkan isu kebebasan dalam karya Republic. ah sama lah dengan apa yang aku laungkan tadi, lantang tapi tak kedengaran. kerana itu laungan dari hati. takut-takut dituduh gila!